Nāma-saṅkīrtana: Hari Haraye Namaḥ Kṛṣṇa

Baca artikel ini dalam bahasa Inggeris: HARI HARAYE NAMAḤ KṚṢṆA 

Nāma-saṅkīrtana   oleh Narottama Dāsa Ṭhākura, diterjemahkan oleh Śrī Babaji

(1) 

हरि हरये नमः कृष्ण यादवाय नमः यादवाय माधवाय केशवाय नमः

Wahai Hari, sembah sujudku kepada-Mu! Wahai Kṛṣṇa, sembah sujudku kepada-Mu yang lahir dalam dinasti Yadu. Sembah sujudku kepada Kṛṣṇa yang dikenali sebagai Yādava, Mādhava, dan Keśava. 

(2) 

गोपाल गोविन्द राम श्री-मधुसूदन गिरिधारी गोपीनाथ मदन-मोहन

Wahai Gopāla, Govinda, Rāma, Śrī Madhusūdana, Giridhārī, Gopīnātha, dan Madana-mohana! 

(3) 

श्री-चैतन्य-नित्यानन्द श्री-अद्वैत-सीता हरि गुरु वैष्णव भागवत गीता

Kemenangan bagi Śrī Caitanya dan Nityānanda, Śrī Advaita dan Sītā. Kemenangan bagi Hari, guru, para Vaiṣṇava, Śrīmad Bhāgavata, dan Bhagavad Gītā. 

(4) 

श्री-रूप सनातन भट्ट-रघुनाथ श्री-जीव गोपाल-भट्ट दास-रघुनाथ

Kemenangan bagi Śrī Rūpa, Sanātana, Raghunātha Bhaṭṭa, Śrī Jīva, Gopāla Bhaṭṭa, dan Dāsa Raghunātha. 

(5) 

एइ छय गोसाईर करि चरण वन्दन याहा होइते विघ्न-नाश अभीष्ट-पूरण

Aku mempersembahkan sembah sujud kepada kaki keenam-enam Gosvāmī ini. Dengan tunduk kepada mereka, semua halangan bhakti dimusnahkan dan semua hajat dipenuhi. 

(6) 

एइ छय गोसाइ यार मुइ तार दास ता-सबार पद-रेणु मोर पञ्च-ग्रास

Aku hamba kepada sesiapa yang berkhidmat kepada keenam-enam Gosvāmī ini. Debu kaki padma mereka ialah lima jenis makananku. 

(7) 

तांदेर चरण-सेवि-भक्त-सने वास जनमे जनमे होय एइ अभिलाष

Kelahiran demi kelahiran, semoga aku hidup bersama para bhakta yang berkhidmat kepada kaki padma keenam-enam Gosvāmī ini! 

(8) 

एइ छय गोसाइ यबे व्रजे कैला वास राधा-कृष्ण-नित्य-लीला करिला प्रकाश

Apabila keenam-enam Gosvāmī ini tinggal di Vraja, mereka menyingkapkan tempat-tempat di mana Rādhā dan Kṛṣṇa melakukan līlā abadi Mereka. 

(9) 

आनन्दे बोलो हरि भज वृन्दावन श्री-गुरु-वैष्णव-पदे मजाइया मन

Lafazkan nama Hari dengan kegembiraan dan sembahlah bumi Vṛndāvana. Tambatkan fikiranmu pada kaki Śrī Guru dan para Vaiṣṇava. 

(10) 

श्री-गुरु-वैष्णव-पद-पद्म करि आश नाम-सङ्कीर्तन कहे नरोत्तम दास

Berhasrat berkhidmat kepada kaki padma Śrī Guru dan para Vaiṣṇava, Narottama Dāsa menyanyikan saṅkīrtana Nama-nama Suci Śrī Hari ini. 

Leave a Comment